SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DARI NABI
MUHAMMAD SAMPAI SEKARANG
I. PENDIDIKAN PADA ZAMAN RASULULAH
(SAW)
Pendidikan
pada zaman Rasululah (saw) merangkumi tiga perkara asas iaitu pendidikan
akidah,pendidikan akhlak dan pendidikan syariah (ubudiyah).
a. Pendidikan di Makkah.
Rasulullah
(saw) telah menyampaikan ilmu secara sulit kepada ahli keluarga terdekat
seperti isterinya Khadijah, sepupunya Ali bin Abi Talib dan beberapa orang yang
rapat dengan baginda.
Kaedah yang
digunakan ketika penyampaian ilmu adalah secara lemah lembut supaya orang ramai
tertarik untuk belajar.
Rumah
al-Arqam ialah tempat pendidikan Islam pertama. Baginda dan sahabatnya sering
bermesyuarat bagi mengatur kaedah dan strategi berdakwah.
Hampir tiga
tahun baginda menyampaikan ilmu secara sulit, lalu diturunkan ayat yang meminta
baginda menyampaikannya secara terbuka. Rasulullah (saw) telah menggunakan
kaedah berpidato dan berceramah di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang
ramai seperti di pasar Ukaz dan di sekitar Kaabah ketika musim haji.
Pendidikan
di Makkah lebih tertumpu kepada perkara akidah dan akhlak. Akidah ialah
kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan penciptanya. Rasulullah (saw)
menyampaikan segala perintah Allah (swt) kepada manusia dan menyeru mereka
menyembah Allah (swt) semata-mata tanpa melakukan penyekutuan terhadapNya.
Selain itu perkara lain yang menyentuh akidah ialah kepercayaan kepada hari
pembalasan, mempercayai malaikat, dan kepercayaan kepada untung nasib seseorang
samada baik atau buruk.
Manakala,
aspek akhlak yang diberi penekanan oleh Rasulullah (saw) ialah menganjurkan
manusia agar berakhlak mulia kerana akhlak terpuji sahaja dapat berdamping
Allah (swt).
Baginda
mengajar manusia supaya mengamalkan sifat sederhana, tolong menolong, dan
selalu bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah (swt).
b. Pendidikan Islam Pada Masa
Rasulullah di Madinah
Di dalam
pendidikan di Madinah Rasulullah SAW. Menempati dua jabatan yaitu sebagai tokoh
agama dan sebagai pemimpin Negara. Yang mana berkaitan mengenai kehidupan
sosial masyarakat dan polotik (siyasah).
Setelah
terbina masjid Quba’ dan Masjid Nabawi, sistem pendidikan Islam mengalami
perubahan. Masjid telah menjadi sekolah yang pertama dalam sistem pendidikan
lslam.
Konsep
pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada perkara ibadat dan syariah tanpa melupakan
soal-soal yang lain.
Dalam
pendidikan ibadah, terdapat perkara yang diwajibkan seperti solat Jum’at.
Selain itu, terdapat juga perkara yang disunatkan seperti solat hari raya.
d. Pendidikan berpuasa telah bermula pada tahun ke dua Hijrah dan ibadat Haji pula bermula pada tahun keenam Hijrah. Selain itu, pendidikan zakat dan hukum perkahwinan turut diperkenalkan.
d. Pendidikan berpuasa telah bermula pada tahun ke dua Hijrah dan ibadat Haji pula bermula pada tahun keenam Hijrah. Selain itu, pendidikan zakat dan hukum perkahwinan turut diperkenalkan.
Selain itu
pendidikan membaca dan menulis telah diperkembang. Rasullulah s.a.w telah
memerintahkan para sahabat yang pandai menulis dan membaca supaya mencatit dan
menulis ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan. Mereka juga di minta supaya
mengajar umat Islam yang tidak tahu menulis dan membaca.
II. PENDIDIKAN ISLAM PADA MASA KULAFA
AL-RASYIDIN
Tahun-tahun
pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan perjuangan terus menerus antara hak
yang mereka bawa dan dakwahkan kebatilan yang mereka perangi dan musuhi. Pada
zaman khulafa al-Rasyidin seakan-akan kehidupan Rasulullah SAW itu terulang
kembali. Pendidikan islam masih tetap memantulkanAl-Qur’an dan Sunnah di ibu
kota khilafah di Makkah, di Madinah dan di berbagai negri lain yang ditaklukan
oleh orang-orang islam.
Berikut
penguraian tentang pendidikan Islam pada masa Khulafa al- Rasyidin:
1. Masa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Pola
pendidikan pada masa Abu Bakar masih seperti pada masa Nabi, baik dari segi
materi maupun lembaga pendidikannya. Dari segi materi pendidikan Islam terdiri
dari pendidikan tauhid atau keimanan, akhlak, ibadah, kesehatan, dan lain sebagainya.
Menurut Ahmad Syalabi lembaga untuk belajar membaca menulis ini disebut dengan
Kuttab. Kuttab merupakan lembaga pendidikan yang dibentuk setelah masjid,
selanjutnya Asama Hasan Fahmi mengatakan bahwa Kuttab didirikan oleh
orang-orang Arab pada masa Abu Bakar dan pusat pembelajaran pada masa ini
adalah Madinah, sedangkan yang bertindak sebagai tenaga pendidik adalah para
sahabat rasul terdekat.
Lembaga
pendidikan Islam masjid, masjid dijadikan sebagai benteng pertahanan rohani,
tempat pertemuan, dan lembaga pendidikan Islam, sebagai tempat shalat
berjama’ah, membaca Al-qur’an dan lain sebagainya.
2. Masa Khalifah Umar bin Khattab
Berkaitan
dengan masalah pendidikan, khalifah Umar bin Khattab merupakan seorang pendidik
yang melakukan penyuluhan pendidikan di kota Madinah, beliau juga menerapkan
pendidikan di masjid-masjid dan pasar-pasar serta mengangkat dan menunjuk
guru-guru untuk tiap-tiap daerah yang ditaklukan itu, mereka bertugas
mengajarkan isi al Qur’an dan ajaran Islam lainnya. Adapun metode yang mereka
pakai adalah guru duduk di halaman masjid sedangkan murid melingkarinya.
Pelaksanaan
pendidikan di masa Khalifah Umar bin Kattab lebih maju, sebab selama Umar
memerintah Negara berada dalam keadaan stabil dan aman, ini disebabkan
disamping telah ditetapkannya masjid sebagai pusat pendidikan juga telah
terbentuknya pusat-pusat pendidikan Islam di berbagai kota dengan materi yang
dikembangkan, baik dari segi ilmu bahasa, menulis, dan pokok ilmu-ilmu lainnya.
Pendidikan dikelola di bawah pengaturan gubernur yang berkuasa saat itu,serta diiringi kemajuan di berbagai bidang, seperti jawatan pos, kepolisian, baitulmal dan sebagainya. Adapun sumber gaji para pendidik waktu itu diambilkan dari daerah yang ditaklukan dan dari baitulmal.
Pendidikan dikelola di bawah pengaturan gubernur yang berkuasa saat itu,serta diiringi kemajuan di berbagai bidang, seperti jawatan pos, kepolisian, baitulmal dan sebagainya. Adapun sumber gaji para pendidik waktu itu diambilkan dari daerah yang ditaklukan dan dari baitulmal.
3. Masa Khalifah Usman bin Affan.
Pada masa
khalifah Usman bin Affan, pelaksanaan pendidikan Islam tidak jauh berbeda
dengan masa sebelumnya. Pendidikan di masa ini hanya melanjutkan apa yang telah
ada, namun hanya sedikit terjadi perubahan yang mewarnai pendidikan Islam. Para
sahabat yang berpengaruh dan dekat dengan Rasulullah yang tidak diperbolehkan
meninggalkan Madinah di masa khalifah Umar, diberikan kelonggaran untuk keluar
di daerah-daerah yang mereka sukai. Kebijakan ini sangat besar pengaruhnya bagi
pelaksanaan pendidikan di daerah-daerah.
Proses
pelaksanaan pola pendidikan pada masa Usman ini lebih ringan dan lebih mudah
dijangkau oleh seluruh peserta didik yang ingin menuntut dan belajar Islam dan
dari segi pusat pendidikan juga lebih banyak, sebab pada masa ini para sahabat
memilih tempat yang mereka inginkan untuk memberikan pendidikan kepada
masyarakat.
Tugas mendidik dan mengajar umat pada masa ini diserahkan pada umat itu sendiri, artinya pemerintah tidak mengangkat guru-guru, dengan demikian para pendidik sendiri melaksanakan tugasnya hanya dengan mengharapkan keridhaan Allah.
Tugas mendidik dan mengajar umat pada masa ini diserahkan pada umat itu sendiri, artinya pemerintah tidak mengangkat guru-guru, dengan demikian para pendidik sendiri melaksanakan tugasnya hanya dengan mengharapkan keridhaan Allah.
4. Masa Khalifah Ali bin Abi Thalib
Pada masa
Ali telah terjadi kekacauan dan pemberontakan, sehingga di masa ia berkuasa
pemerintahannya tidak stabil. Dengan kericuhan politik pada masa Ali berkuasa,
kegiatan pendidikan Islam mendapat hambatan dan gangguan. Pada saat itu Ali
tidak sempat lagi memikirkan masalah pendidikan sebab keseluruhan perhatiannya
itu ditumpahkan pada masalah keamanan dan kedamaian bagi seluruh masyarakat
Islam.
Pusat-Pusat
Pendidikan Pada Masa Khulafa Al-Rasyidin Antara Lain:
·
Makkah
·
Madinah
·
Basrah
·
Kuffah
·
Damsyik
(Syam)
·
Mesir.
·
Kurikulum
Pendidikan Islam Masa khulafa al Rasyidin (632-661M./ 12-41H)
Sistem
pendidikan islam pada masa khulafa al-Rasyidin dilakukan secara mandiri,tidak
dikelola oleh pemerintah, kecuali pada masa Khalifah Umar bin al;khattab yang
turut campur dalam menambahkan materi kurikulum pada lembaga kuttab.
Materi pendidikan islam yang diajarkan pada masa khalifah Al-Rasyidin sebelum masa Umar bin Khattab, untuk pendidikan dasar:
Materi pendidikan islam yang diajarkan pada masa khalifah Al-Rasyidin sebelum masa Umar bin Khattab, untuk pendidikan dasar:
·
Membaca dan
menulis
·
Membaca dan
menghafal Al-Qur’an
·
Pokok-pokok
agama islam, seperti cara wudlu, shalat, shaum dan sebagainya
·
Ketika Umar
bin Khattab diangkat menjadi khalifah, ia menginstruksikan
·
kepada
penduduk kota agar anak-anak diajari:
·
Berenang
·
Mengendarai
unta
·
Memanah
·
Membaca dan
menghapal syair-syair yang mudah dan peribahasa.
Sedangkan
materi pendidikan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari:
·
Al-qur’an
dan tafsirnya
·
Hadits dan
pengumpulannya
·
Fiqh (tasyri’)
III. SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN UMAIYAH
Institusi
Pendidikan
1. Masjid dijadikan institusi pndidikan
utama seperti masjid Kufah dan Basrah
2. Istana khalifah dijadikan tempat
belajar dan perpustakaan yang menyimpan segala bahan bacaan.
3. Bahan bacaan Yunani diterjemahkan
dalam kesusasteraan Arab
4. Terdapat juga Khuttab iaitu sekolah
permulaan.
5. Terdapat dua jenis khuttab
6. Untuk orang awam yang dikenakan yuran
pengajian.
7. Khuttab al-Sabil untuk kanak-kanak
miskin yang tidak dikenakan yuran pengajian.
8. Pengajian al-Quran dan asas ilmu
agama ditekankan di khuttab.
9. Kaedah pengajian berbentuk
Halaqah,iaitu seseorang guru duduk di tengah dan dikelilingi oleh murid-murid.
Tenaga Pengajar
1. Guru-guru di masjid mpunyai ilmu
pengetahuan yang kukuh dan memiliki pelbagai pengetahuan lain.
2. Mereka mengajar dengan ikhlas tanpa
mengharapkan gaji.
3. Guru-guru di Istana di gelar Muaddib
dan kurang berpengetahuan berbanding guru-guru di masjid.
4. Mereka bukan sahaja mengajar ilmu
tetapi mendidik anak-anak khalifah.
5. Antara ulama yang terkenal yang
menjadi guru di masjid ;
·
Abdullah bin
Abbas ; ahli tafsir, Hadis, Fekah dan Sastera.
·
Hassan
al-Basri ; ahli fekah, usuluddin, dan murid beliau yang terkenal ialah Wasil
bin Ata’ iaitu pengasas mazhab Mu’tazillah.
Mata Pelajaran Yang Diajar
a. Pengajian seni muzik dan puisi berpusat
di Makkah dan Madinah.
b. Pengajian kesusasteraan dan ilmiah
berpusat di Kufah dan Basrah. Khutbah, syarahan, dan puisi menjadi subjek yang
utama untuk menyampaikan propaganda kerajaan Bani Umaiyah.
c. Semasa pemerintahan khalifah Umar
bin Abdul Aziz, ilmu falsafah telah diajar.
d. Ilmu Qiraat (ilmu membaca al-Quran)
dikembangkan.
e. Ilmu diajar di masjid-masjid di
Damsyik, Madinah, Kufah, dan Basrah.
Al-Quran juga diletak titik dan tanda serta tanda tanwin dan syaddah. Tugas tersebut dilakukan oleh Nasir bin Asim
Al-Quran juga diletak titik dan tanda serta tanda tanwin dan syaddah. Tugas tersebut dilakukan oleh Nasir bin Asim
Sistem Pengajaran
·
Pendidikan
secara terbuka di Khuttab dan masjid telah menjadikan rakyat berlumba-lumba
mengejar ilmu pengetahuan
·
Penyebaran
agama Islam telah meluas dan perlu kepada sistem pendidikan bagi mengajar penganut-penganut
baru agama Islam.
·
Kemunculan
ilmu falsafah yang menjadi senjata untuk mematahkan hujah orang Yahudi dan
Nasrani.
·
Ilmu sejarah
juga membantu perkembangan sistem pendidikan untuk memahami ilmu
ketatanegaraan, sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memahami peristiwa
masa lalu.
IV. PENDIDIKAN ISLAM BANI ABBASIYAH
Institusi
Pendidikan
1. Pada zaman khalifah Al-Makmun,
Baghdad menjadi pusat pendidikan yang masyhur di dunia.
2. Pada zaman khalifah Harun Al-Rasyid,
di dirikan Baitulhikmah pusat pengajian dan terjemahan.
3. Di Kaherah terdirinya Dar Al-Hikmah.
Di Syria wujudnya madrasah Nuriyah Al-Kubra.
4. Pada tahun 459 Hijrah, sebuah
institusi pendidikan tinggi di Naisabur, iaitu Madrasah Nizamiyyah yang
didirikan di zaman pemerintahan Bani Saljuk di bawah pimpinan Perdana Menteri
Nizam Al-Muluk.
5. Terdapat juga pusat pengajian yang
lebih rendah disekitar Baghdad seperti Khuttab dan tempat pengajian umum
seperti perpustakaan, istana, kedai-kedai buku dan sebagainya
Tenaga Pengajar
1. Guru dipandang tinggi oleh masyarakat
serta diberi gaji yang tinggi.
2. Kebanyakan Khalifah Bani Abbasiyyah
mencintai ilmu pendidikan dan kesusasteraan serta menjadi penaung.
3. Pada zaman ini lahir beberapa orang
tokoh ulamak seperti Imam Abu Hanifah( 150 Hijrah), Imam Malik( 178 Hijrah),
Imam Syafie ( 204 Hijrah), Imam Ahmad ( 241 Hijrah) dan lain-lain.
Mata pelajaran yang diajar
1. Di Khuttab, diajar menulis, membaca,
mengira serta mengaji dan membaca Al-Quran
Sistem pengajaran
1. Terbagi kepada dua, iaitu sistem
bersekolah dan sistem halaqah.
2. Murid-murid di peringkat sekolah
rendah menggunakan batu tulis dan pena batu.
3. Bahan bacaan ialah Al-Quran,
beberapa rangkap syair, dan bahan-bahan yang mudah serta kitab nahu dan
sastera.
4. Peringkat menengah, peralatan
pengajian lebih moden.
V. PEMBAHARUAN PENDIDIKAN ISLAM
Tradisi
belajar yang telah ada pada masa Nabi terus berkembang pada masa-masa
sesudahnya, dan sebagaimana tercacat dalam sejarah bahwa puncak kemajuannya
tercapai pada masa khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmun yang berpusat di
Bagdad, dan pada masa kejayaan ‘Usmaniyah di Spanyol dan Cordova yang
berlangsung sekitar delapan abad [711-1492 M] (Hasan Langgulung,1986:13),
kemudian sistem pendidikan Islam itu diperluas dengan sistem madrasah yang
mencapai puncaknya pada Madrasah Nidzamiyah yang didirikan di Bagdad oleh Nizam
al-Mulk (Muhammad Munir Mursi, 1975 : 98).
Kemudian
dengan runtuhnya dinasti Abbasiyah maka Islam terpuruk dari kejayaan. Pendidikan
yang diselenggarakan tidak lagi mengacu kepada dan mengantisipasi zaman yang
sedang berubah dan bergulir. Umat sibuk “bernyanyi” di bawah payung kebesaran
masa lampau dengan sistem politik dinasti yang otoriter. Proses penyadaran
kembali terhadap tanggung jawab global umat ternyata memakan tempo yang lama
sekali, karena pendidikan yang diselenggarakan sangat konservatif dalam arti
menjaga dan melestarikan segala yang bersifat klasik. Daya kritis dan inovatif
hampir-hampir lenyap sama sekali dari ruangan madrasah, pondok, dan lembaga
pendidikan lainnya di seluruh negeri Muslim.
Dalam
pembaharuan dapat dilihat mengenai pendapat seorang tokoh pemikir Islam, yang
berpengaruh dalam pembaharuan Islam yaitu Fazlur Rahman yang memiliki latar
belakang tradisi keilmuan madrasah India – Pakistan yang tardisional dan
keilmuan Barat yang liberal.. Dalam perkembangan pemikirannya, Rahman, tidak
hanya melihat perubahan sistem pendidikan di Turki, Mesir dan Pakistan tetapi
juga melihat percobaan pembaruan yang dilakukan di Indonesia.
Rahman
menilai modernisasi al-Azhar, sebagai sampel lembaga pendidikan ilmu-ilmu
keIslaman, sekalipun telah diupayakan semenjak abad ke 19, dapat dikatakan tak
berubah dalam prosisi intelektual spiritualnya. Namun menurut Rahman, efek pembaruan
pada al-Azhar baru dirasakan dalam lapangan reorganisasi, sistem ujian, dan
pengenalan pokok-pokok kajian baru, dan tidak dalam kandungan ilmu-ilmu Islam
inti seperti teologi dan filsafat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar